Saturday, 26 July 2014

Hari 10-Gambar barang yang terakhir saya beli.

Salam semua!

Akhirnya...Kita berada di hari yang terakhir bagi blog saya.. Huhuhuhuhuhuhuhuh.. :"(

Tetapi janganlah bersedih...Saya hendak memberitahu anda semua barang apa yang terakhir saya beli!!

Mari kita mula!!!

Saya akan beri kepada dua bahagian bagi barang yang terakhir saya beli.

Bahagian pertama ialah - barang yang saya beli TETAPI menggunakan duit ayah saya!!! :)

Hendak tahu apakah barang itu? Mari saya tunjuk. Ia adalah....

 
BAJU RAYA SAYA!!! :))
 
Tahun ini saya memilih warna biru kerana saya tidak ada baju kurung  biru, itu sebabnya saya meminta warna biru. Saya membelinya di semberang tambak pada harga 40 dollar Singapura. Pada asalnya, harganya mencecah hingga seratus tetapi dengan kemahiran ibu bapa saya menawar, kami mendapat harga yang lebih murah dari harga asalnya. Ini adalah salah satu kebaikan berbelanja di bazar Ramadan.Sekiranya beli di butik,payah untuk tawar menawar kerana harganya yang tetap.
 
Selain dari itu,Hari Raya tahun ini kami sekelurga tidak akan memakai baju yang sepadan warna mahupun corak.Ibu mengatakan bahawa payah dan leceh sekiranya nak semua sepadan dan dia juga mengatakan bahawa biarlah tahun ini berlainan.Tidak semestinya lain warna,ikatan kelurga tidak kuat kan? :)
 
Haaaaaaa...
Jangan lupa saya mempunyai bahagian yang kedua iaitu- narang yang terakhir saya beli menggunakan duit saya sendiri!
 
Mari saya tunjukkan apakah bendanya...ialah...
 
 

SEBUAH BUKU YANG BERJUDUL " THE FAULT IN OUR STARS"
 
Saya sebenarnya sudah berazam untuk membaca bukunya dahulu baru menonton filemnya.Tetapi dalam kesibukan seharian saya baru membaca beberapa helai muka surat sahaja.Haishhhh...Hampalah saya dengan diri ini. Saya akan sedaya upaya untuk menaikkan balik semangat saya unutk membaca buku dan seterusnya melihat filemnya yang menyayat hati itu. :'(
 
 
Saya membeli buku ini di kedai buku yang bernama KINOKUNIYA.Ia adalah sebuah kedai buku Jepun dan tempatnya memang luas.Saya pernah pergi ke cawangannya yang terletak di dalam pusat membeli-belah Takashimaya di Orchard Road dan juga di pusat membeli belah JEM. Saya lebih gemar pergi ke cawangan di Takashimaya kerana tempatnya yang lebih luas dan terdapat bermacam genre buku.
 
 

 
Terdapat banyak rak-rak buku yang mempunyai kesemua genre yang anda mahu.Dari bisnes,masak-memasak,komik,buku muzik dan pelbagai alat tulis.
 



 
Tempat ini adalah syurga di dunia bagi saya kerana di sini juga saya boleh mendapatkan majalah jepun saya!
 


Sewaktu saya mahu membeli buku itu,saya seperti berada di dalam dilema. Adakah saya patut memblei buku itu atau membeli majalah-majalah ini? Saya berada di dalam kedai buku itu memang lama. Tetapi,akhirnya saya telah memilih untuk membeli buku krana pada pendapat saya ia lebih membawa manfaat.
 
Apa yang bagus dalam KINOKUNIYA ialah awak boleh pilih apa-apa buku dan duduk di satu sudut dan awak boleh membacanya.Tidak ada orang yang akan menegur dan suruh awak membayar buku ity.Ia seperti perpustakaan.Ramai orang yang berbuat demikian.Hanya jangan menghadang tempat orang berjalan.
 
 
Sekiranya ada orang yang tidak tahu mahu membelikan apa untuk hari jadi saya,belikanlah saya sebuah buku.Saya amat menghargai buku. Saya saying buku-buku.
 
P/s:Malangnya,saya tidak jumpalah buku Nirrosette.Kebanyakan buku di situ Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.Mungkin, Puan Nirrosette boleh memasarkan buku dalam bahasa inggeris pula? ;)
 
 Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam saying,
SakinahJ 
 
-Gambar dipetik dari Google_


 

 






Hari 9-Gambar tempat makan kegemaran saya

Salam semua!

Maaf. Kali ini tidak terpanggil saya untuk mencipta sebuah sajak kerana entri kali ini adalah tentang MAKANAN!! Okei....Sebenarnya bukan makanan tetapi tempat kita makan iaitu mengenai TEMPAT MAKAN KEGEMARAN SAYA! 

Beri tepukan yang gemuruh!!!
*tepuk tangan*

Mari kita mulakan sekarang!

Saya akan mensyorkan tiga tempat makan yang terhebat di dunia mengikut diari tempat makan saya.

PERTAMA

Semestinya di....RUMAH!

Gambar hiasan sahaja.Meja makan rumah saya tidak kelihatan sebegini. :)
 

Di rumahlah tempat yang paling aman sekali untuk makan tanpa menghiraukan siapa yang akan tengok cara awak makan. Tidak kiralah sekiranya masakan ibu atau makanan yang awak beli dari kedai. Sejujurnya di rumah, saya tidak makan di meja makan atau ruang makan. Kami makan di ruang tamu sambil duduk bersila. Cara duduk yang paling sedap sekali.Saya kadangkala boleh dikatakan sebagai budak kampung sedikit. :) Itulah pilihan tempat makan saya yang pertama.

KEDUA

Tempat kedua ialah di.... KANTIN SEKOLAH!



Lihat itu kawan-kawan saya makan denga sungguh menyelerakan. Saya sudah berada di Al-sagoff selama 10 tahun dan tempat makan ini akan menjadi tempat makan yang istimewa. Dengan meja marmar yang berwarna cokelat dan kerusi plastic yang berwarna merah,tempat  ini ada banyak memori. Daripada makcik kantin yang sering marah kami sewakt kami menengah satu hingga ke makcik yang selau beri kami banyak sangat nasi.

Sudah makin banyak variasi makanan dan minuman yang terdapat di sekolah. Dahulu cuma ada air kotak sahaja.Kini, sudah ada sirap. Saya mahu lihat 10 tahun akan datang, adakah kantin sekolah saya akan berubah? Kita nantikan ya! :)



KETIGA

Akhirnya... tempat makan kegemaran saya yang terakhir ialah....Kedai Makan QIJI!!!

 


Walaupun nama kedainya seperti nama kedai cina, tetapi jangan risau,kedai ini memang halal!
Pertama kali saya makan di sini adalah bersama teman-teman saya.Saya memakan laksa lemaknya.Memang sungguh enak!! MMMMMDAAAAAPPPP!!

 
 
Sekira anda orangnya kuat makan pedas,sila minta sambal lebih sebab kuah laksanya tidak begitu pedas. Semuanya sedap. Terdapat laksa biasa dan laksa dengan kerang.Sila pilih mana satu yang anda mahu.
 
Selain dari itu,sekiranya datang makan ke Qiji,saya wajib membeli popiah basahnya kerana popiah basahnya memang sedap tahap maksima.Saya berinya lima bintang!!!
 
 
 
Sos hitam yang pedas,kentang yang dipotong dadu, telur dan pelbagai lagi sayuran yang ada dalam popiah ini memang semuanya sedap! Saya tidak terkata apabila memakan popiah basah mereka.
 
Cubalah makan di Qiji.Rugi kalau tak cuba! ;)




Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam saying,
SakinahJ 
 
-Gambar milik Hikmah dan Google-
 
 

HAri 8-Lagu yang kena dengan mood saya sekarang

Salam semua!

Izinkan saya memulai entri ini dengan sebuah sajak. Mari kita mulakan!

 
 
            AKU RINDU
       Sakinah Jumaat


Aku rindu
Aku akan merinduimu Ramadhan
Tinggal beberapa hari lagi aku dapat bersamamu
Aku belum puas mendekapimu
Aku tidak mahu kau tinggalkan kami

Aku rindu
Syawal akan diisytiharkan tidak lama lagi
Syawal akan tiba tidak lama lagi
Syawal akan menggantikan tempatmu
Syawal hari yang amat dinanti-nantikan

Aku rindu
Takbir raya akan bergema di radio
Takbir raya akan bergema di masjid
Takbir raya akan bergema di setiap rumah orang yang menyambutnya
 
Aku rindu
Akanku tunggu kehadiranmu tahun depan
 
Selamat tinggal Ramadan
Selamat datang Syawal


Haaaaaaa..... Akhir sudah sajak saya.Bagus tak Cikgu? Sesungguhnya ini adalah kali pertama saya menulis sajak! Rasa-rasa sasterawan begitu. Padahal baru satu sajak yang saya cipta.Hehehehehe..... 😄😄😄

Walaupun sajak saya berkaitan dengan Ramadan dan Syawal, lagu yang kena dengan 'mood' saya sekarang langsung tidak ada kaitan.Sewaktu saya menulis sajak ini,saya sebenarnya sedang mendengar lagu zaman 90-an.Cuba teka lagu apa. Tidak mengapalah,tak perlu teka. Saya berikan jawapannya.

Jawapannya ialah.... Lagu Rindu Serindu Rindunya - Spoon 👏👏👏


Saya pasti bahawa lagu ini dikeluarkan pada tahun 1998.Saya ketika itu baru beumur satu tahun.Bagaimana saya boleh tahu lagu ini? Sudah tentulah dari ibu saya dan dengar di radio.Yang paling menghairankan, mengapa nama kumpulannya Spoon?Sudu? Ini adalah satu misteri yang harus kita selongkar. *Jeng Jeng Jeng*

Mungkin anda tertanya kenapa sudah nak dekat raya, saya tidak ada 'mood' dengar lagu rayakah?

Bukan begitu,sebenarnya saya sudah lama tidak mendengar radio.Kami sekeluarga akan menghidupkan radio setakat untuk mendengar azan sahaja.Jaranglah saya mendengar lagu raya yang sedang banyak dimainkan di radio.Kebetulan juga,lagu ini ada di iPad saya.

Saya hendak buat kesimpulan tentang lagu ini,

Pada pendapat saya,lelaki ini sudah mahu meminang wanita pilihannya.Ramai ahli keluarga dan teman-temannya sudah tahu tentang perkara ini.Tiba-tiba, tanpa sebarang sebab, wanita itu meminta putus dan tolak pinangannya. Malulah dibuatnya lelaki ini.

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu


Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua


Walaupun masih merindui wanita itu,dia cuba sedaya upaya untuk melupakan.Dan memberitahu bahawa wanita itu tidaf faham akan perasaan hatinya dan mengambil sikap tidak endah.Tetapi, lelaki itu telah menerima ketentuan Tuhan dan meredhainya.


Rindu rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh oh
Pilu pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli


Malu semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci


Sila dengar lagu yang terlau sayu ini sekiranya awak tidak mempunyai 'mood' dengar lagu raya.

 



Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 
 
 

Hari 7-Majlis perkahwinan idaman saya

Salam semua!

Saya kembali sekali lagi!
Haaaa....Ini lagi satu entri yang mana saya akan menjemput anda semua untuk ke dalam ruang khayalan saya. Silakan masuk,silakan... :)

Mari kita mulakan!

Mungkin pada saat ini hanya khayalan.
Pada masa akan datang,boleh menjadi kenyataan...
In shaa Allah.
 
Seperti entri pada hari yang keempat,awak semua sudah tahu yang saya minati tema alam semula jadi,seni dan taman-taman.

Jadi tempat yang paling sesuai ialah di sebuah taman yang indah di Singapura seperti di Hortpark.

Tempat:Hortpark

 
 

Tempat di mana semua saudara mara terdekat akan duduk,makan dan bersembang.
 
Saya lebih suka kalau membuat majlis nikah dan sanding pada satu hari.Nikah pada waktu tengah hari dan majlis akan berlangsung dari petang hingga ke malam. Saya tidak pasti bahawa waktu sebegini memang waktu yang ideal tetapi ini adalah semua  perancangan. :)
 
Waktu: 2 petang hingga 8 malam.
 
Tok kadi bagi majlis perkawinan saya ialah Ustaz Ya'acob.Guru kelas kami pada tahun 2013.Kalau ustaz sibuk, saya terpaksa ambil Ustaz Mustafa agaknya. Hehehehe.. ;)
 
Tok kadi:Ustaz Ya'acob
 
Saya mahu lebih kurang perhiasan di atas meja tamu seperti gambar yang di atas tetapi dengan bunga orkid kerana ia adalah bunga kegemaran saya! Seperti ini..
 
 

 
Warna tema bagi majlis perkahwinan saya pula ialah UNGU dan PUTIH.Kombinasi warna yang sangat manis dan indah bagi saya.
 
Warna tema:Ungu dan Putih
 
Tentang tetamu pula,saya lebih suka menjemput keluarga yang terdekat. Ahli keluarga yang saya kenal.Definasi kenal ialah,saya tahu muka sahaja sudah cukup. Saya tidak mahulah apabila saya hendak kahwin, barulah saya tahu yang saya mempunyai kaitan dengan saudara jauh saya yang jarang sekali saya nampak. Tetapi, mesti ada orang yang akan cakap tentang perkara ini. Mungkin saya akan suruh ibu saya sahajalah yang uruskan..Saya juga akan tidak lupa menjemput sahabat-sahabat saya dari peringkat darjah hingga ke universiti.
 
Pelamin.Saya mahukan simple sahaja.Saya membayangkan ia sebegini.
 
 
 
 
Mengenai pakaian.Baju putih dan sejambang bunga orkid.

 
 
 
 
Saya sedang berfikir...Perlukah ada pegapit?Kalau perlu..Saya merancang sebegini dan yang cukup kain sebab kitakan wanita muslimah. Saya hendak kawan-kawan rapat saya yang menjadi pengapit saya. :)
 
 
Bagi bakal suami saya, sila pakai baju kurung putih.Seperti ini..
 
 
 
Wooooooo...Tampannya!!!
 
Pakaian: Baju putih dan sejambang bunga orkid.
 
Makanan seperti biasa apa yang terdapat di majlis-majlis kahwin.
Nasi putih
Ikan masam manis
Ayam masak merah
Rendang
Sayur
 
 
Air berwarna ungu dan biasalah air panas-teh dan kopi.
 
OOOOYAHHH!! Kek kahwin. Saya suka pulut kuning dan saya nak kek kahwin saya dari pulut kuning.Saya dah rancang hendak suruh nenek saya buatkan sebab pulut kuning nenek saya paling sedap. Senangkan? Keknya tidak perlu 4 tingkat, satu atau dua tingkat mungkin sudah lebih daripada cukup.
 
 
 
Kek kahwin:Pulut kuning!
 
 
Berkat untuk para tetamu juga harus disediakan.Saya cadangkan untuk buatkan kek cawan warna UNGU untuk kanak-kanak dan  serbuk teh bagi orang dewasa.Kalau payah kek cawan sahaja sudah boleh.
 
 
 
 
Rasanya itu sahaja yang saya mampu fikirkan tentang majlis perkahwinan idaman saya. Kalau murah rezeki saya dan bakal suami saya, biarlah semua ini ditaja. Hahahahaha... :)
 
 
Akhir sekali,terima kasih cikgu sebab kasi saya peluang mengongsikan majlis kahwin idaman saya di blog ini. Rasanya macam senang sahaja.Tinggal menaip di Google semuanya keluar-dari reka bentuk hingga ke membuat tempahan di alam siber.. Saya tak faham kenapa orang kecoh sangat sehinggakan ada yang kelam kabut. Jadi, bagi sesiapa yang bakal kahwin esok,minggu depan,bulan depan, tahun depan, jangan tergesa-gesa ataupun panik. Sekiranya anda mengalami masaalah sebegini,sila tarik nafas dalam-dalam dan luahkan perasaan awak kepada ibu bapa,sahabat atau bakal suami awak.Cuba berbincan dengan tenang dan senyum.Ini semua harus buat dengan gembira.
 
Terakhir sekali jangan lupa meminta keredhaan Allah dan ibu bapa dan senentiasa berdoa agar semua berjalan dengan lamcar.Amin.
 
 
AHHHHHHHHHHH!! Saya rasa saya sudah matang sikit ah cikgu... Hehehehe.. :))
 
Sekian.Wassalam.

Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!


Salam sayang,
SakinahJ 


 


 


Hari 6-Gambar haiwan yang saya ingin jadikan haiwan peliharaan

Salam semua!

Entri hari keenam ini membuat saya rasa teralu gembira sekali kerana saya hendak menceritakan haiwan peliharaan saya.... :)))))

Mari kita mula!

Keinginan untuk menjaga haiwan peliharaan dalam diri seseorang manusia itu memang wujud. Di United Kingdom,terdapat hampir 71 juta binatang yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain daripada itu,terdapat 13 juta keluarga yang ada haiwan peliharaan.Haaaa...Terkejut dengan angka yang baru saya beri? Mungkin ada sesetengah orang yang tidak begitu minat dengan adanya haiwan peliharaan kerana mereka ada alahan dengan bulu-bulunya atau geli dan sebagainya.

Tetapi,saya tidak ada semua itu dana saya mahu berkongsi dengan anda semua 3 haiwan yang saya ingin jadikan haiwan peliharaan.


Yang pertama ialah.....seekor IKAN LUMBA-LUMBA!!!

 

Hehehehe..memang nampak mustahilkan? Tetapi malangnya, saya tidak boleh menyimpannya di rumah kerana ia adalah haiwan yang hampir pupus. Kita harus tinggalkan mereka di tangan para profesional. Saya memang berasa amat sedih apabila saya mendapat tahu bahawa menyimpan ikan lumba-lumba ini tidak dibenarkan. TETAPI,sebenarnya saya boleh!! 
 
*tepuk tangan dengan riang!!!*

Saya boleh menjadikan ikan lumba-lumba ini sebagai haiwan angkat. :) Mungkin saya tidak dapat bertemu dengan mereka tetapi sedikit sebanyak saya dapat membantu spesies mereka terus kekal dan wujud di dunia.

Ini pautannya..

http://www.oceanconservation.org/involved/adopt.htm
http://gifts.worldwildlife.org/gift-center/gifts/Species-Adoptions/Dolphin.aspx
 
 
Baiklah.Nampaknya ikan lumba-lumba tidak begitu realistic jadi saya perkenalkan haiwan peliharaan saya kedua, iaitu seekor  ARNAB!!!
Lebih tepat lagi ialah spesies Mini Lop Rabbits... ❤️❤️❤️
 
 






 
 

Lihat itu!!!Ya allah!!COMELKAN!!!

Sesungguhnya saya tidak boleh tahan melihat bulu-bulu arnab itu!Sungguh lebat dan putih seperti salji.Saya sedang membayangkan saya  memeluk arnab itu dan membuatkannya sebagai bantal peluk saya. Aduhai...Sedapnya..Nyenyak saya tidur.Tetapi sebelum itu saya harus menjinakkanya untuk membuang najis di tempat yang betul.Saya betul-betul hendakpelihara arnab.Tetapi mungkin ia amat sukar kerana dengan situasi rumah saya,memang amat mustahil dan besar kemungkinan,ibu saya yang akan bersihkan tempat arnab saya.Hehehehe...

Dengan itu, saya telah berfikir untuk mencari haiwan peliharaan yang amat realistic,sekali lagi. Seekor binatang yang awak semua tidak akan terfikir pun,iaitu sebuah REPTILIA!! Lebih spesifik lagi ialah seekor naga.Dalam bahasa Inggerisnya "Australian Bearded Dragon".
 
 

 

Saya mungkin tidak dapat tidur bersamanya kerana takut-takut saya menghempap atasnya kerana ia lebih kecil berbandingkan arnab.Selain daripada itu kosnya tidak mahal jika berbandingkan dengan seekor dolphin.
 
Saya tahu mengenai binatang ini melalui sebuah saluran di youtube yang bernama JacksGap. Saya berasa kagum apabila melihat Jack memegang haiwan peliharaannya. Saya jugak mahu memegang badannya yang bersisik. :))

Apa lagi yang menarik ialah, reptilia ini makan pelbagai serangga seperti belalang, cacing dan ia makan segala macam sayur dan buah-buahan.Nampaknya, naga ini tidak cerewet! :)

Kalau anda hendak menonton video naga Jack.


Mungkin ramai yang bertanya apa yang saya boleh lakukan dengan haiwan peliharaan sebegini?Sungguh membosankan..

Ya...mungkin membosankan untuk diri awak tetapi bagi saya TIDAK!. Haiwan peliharaan sebegini hanya sesuai untuk pemilik yang suka memerhati. Seperti SAYA!!! :)


 
Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 
 



Hari 5-Betapa penting pendidikan bagi saya?

Salam semua!

Entri kali ini lebih serius berbanding entri-entri yang lain.Tidak ada khayalan dan lebih kepada realiti. :) Seperti tajuk yang tertera di atas,saya akan membincangkan tentang betapa pentingnya pendidikan bagi saya.

Mari kita mulakan!

 "Belajar sungguh-sungguh.Jangan sia-siakan masa yang kau ada sekarang.Belajar betul-betul.Jangan main-main.Banggakan Umi dan Abi." Inilah yang sering saya dengar dari ibu saya.Mungkin banyak kali dia berpesan pada saya,termasuk adik-beradik saya sekali.Apabila ibu berkata sebegini,saya akan rasa bersalah sekiranya saya malas untuk belajar.

Pemerintah Singapura telah mewajibkan bagi setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan, sekurang-kurangnya hingga ke darjah 6 dan tamat PSLE. Pada pendapat saya, pelajaran sehingga peringkat ini memang memadai dibandingkan dengan tidak mempunyai sebarang pendidikan langsung. Malangnya, dengan kos kehidupan yang tinggi di Singapura, sijil PSLE tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji yang boleh menanggung sesebuah keluarga.

Persamaan(1)

 
Mendapat pendidikan -> Belajar sungguh-sungguh -> Dapat markah yang baik ->Belajar hingga ke menara gading -> Dapat Ijazah(Sijil) -> Dapat kerja yang lumayan bayarannya = Hidup senang.

Ini adalah persamaan yang selalu di minda saya dan mungkin pada kebanyakan orang. Ramai yang mengejarkan sijil dan kemahiran untuk mendapatkan kerja yang stabil dan gaji yang cukup. Saya merasakan bahawa ini adalah sebab utama mengapa ramai yang mementingkan pendidikan. Tetapi dalam arus kesibukan orang mengejarkan kejayaan, terdapat pula kebanyakan keluarga yang tinggal di negara ketiga yang berlainan pendapat tentang pendidikan. Bagi mereka, pendidikan lebih penting bagi anak lelaki dari anak perempuan. Ini kerana anak perempuan akan akhirnya dikahwinkan dan duduk di rumah menjaga anak-anak. Saya amat tidak setuju dengan pendapat sebegini kerana pendidikan tidak boleh mengikut jantina kita. Semua orang harus mendapatkan pendidikan yang sama rata. Ternyata sekali, ada perbezaan besar sekiranya anda menghantar anak perempuan sekolah dari anak lelaki.

 
 
"APABILA ANDA MENGJAR SEORANG PEREMPUAN
ANDA MENGAJAR SELURUH NEGARA"


Selain daripada masaalah itu juga, kebanyakan mereka pula tidak mampu menyediakan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Ini akan menjadi satu kitaran yang asyik berulang.

Persamaan(2)
Ibu bapa miskin -> Tidak menghantar anak ke sekolah ->Anak kerja bersama ibu bapa -> Anak mempunyai kelurganya sendiri ->Juga tidak mampu menghantar anak ke sekolah....dan kitaran berulang semula.

TETAPI,sekiranya anda cuba sedaya upaya memasukkan persamaan yang pertama kepada yang kedua,ia akan menjadi sebegini...

Ibu bapa miskin -> Cuba sedaya upaya mendapatkan anaknya pendidikan -> Belajar sungguh-sungguh -> Dapat markah yang cemerlang ->Belajar hingga ke menara gading -> Dapat Ijazah(Sijil) -> Dapat kerja yang lumayan bayarannya = Hidup senang

Ya.... Walaupun ada penambahan langkah tetapi kita dapat jawapan yang sama.

Itulah definasi betapa pendidikan penting bagi saya. Pertama, memberikan pendidikan dapat mendidik seluruh generasi dunia. Kedua, ia dapat mematahkan kemiskinan dalam sesbuah keluarga dan lari daripada lingkaran yang ganas.(Vicious Cycle)

Haaaaaaaaa.... Jadi sudah semangat untuk belajar?Sudah tahu kepentingan pendidikan bagi diri sendiri?Apa lagi, JOM BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH! Jangan lupa baca doa ya.. :)

 





Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 

-Gambar milik UNICEF dan Google-


 

Hari 4-Gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka

Salam semua!
 
Saya kembali sekali lagi.Bagaimana dengan temu janji awak? Saya harap awak berasa seronok tetapi hati-hati kerana kita masih berada di dalam bulan ramadhan. Kali ini saya mahu menunjukkan gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka. Hmmmm...
 
Mari kita mulakan!
 
Perkataan paling ini menunjukkan bahawa tidak ada gambar lain yang boleh menandingi gambar tersebut dan ia seharusnya ada satu sahaja pilihan.
 
Contohnya, gambar aiskrim yang di kiri tidak boleh menandingi gambar aiskrim yang di sebelah kanan. Ini kerana gamabr aiskrim di sebelah kiri lebih banyak variasi dan perisa.Malahan yang di sebelah kana hanya satu sahaja.
 
Begitulah saya mendefinasikan perkataan paling.
 
 
 
Tetapi dengan duka citanya, saya tidak boleh memilih satu sahaja gambar kerana...memang sukar untuk saya memilihnya.. Saya terpaksa letak tiga gambar dan ini adalah gambar sahabat-sahabat saya yang paling saya suka! <3
 
 

GAMBAR PERTAMA.
 
 
 
Ini adalah empat sahabat yang saya amat hargai .Tiga daripada mereka telah menjadi rakan semeja dengan saya selama 2 tahun. (Tiga orang itu tidak termasuk sahabat saya yang di sebelah bawah kiri, bernama Mujahidah) Jadi, saya memang masak dengan perangai masing-masing. Manakala yang lagi satu, saya mula rapat dengannya kerana kita sering balik bersama selepas kelas biologi.
 
Mereka adalah sahabat yang mana saya boleh berkelakuan gila-gila dan jarang sekali berasa kekok. Sebabnya mungkin kerana personaliti mereka yang lebih kurang sama dengan saya. Pada pendapat saya, merekalah yang paling memahami saya dan yang boleh melayan karenah saya. Saya tidak boleh mengatakan mereka memahami saya seratus peratus tetapi boleh dikatakan 70 % mungkin... :)
 
Kempat-empat sahabat inilah yang paling saya rapat TETAPI jarang berkongsi tentang rahsia bersama. Berbual tentang lelaki atau kekasih dan sebagainya, jarang sekali. Kami lebih suka bercerita tentang artis-artis Jepun (lelaki dan perempuan,tetapi kebanyakkannya lelaki)  atau anime kerana itu adalah subjek yang kami berempat (tidak termasuk Mujahidah) minati.
 
Tahun lepas, mereka telah banyak membantu saya dalam pelajaran kerana kami akan menghadapi peperiksaan peringkat "O". Dan saya memang terhutang budi pada mereka.
Dalam empat sahabat ini, Maryam sahaja yang setia di Al-sagoff. Manakala lagi dua sudah ke Wak Tanjong dan satu di Politeknik Nanyang.
 
 
Kemudian...
 
GAMABAR KEDUA,
 
 
 

Haaaaa...inilah budak-budak yang tinggal di sebelah barat Singpura a.k.a Westies. Inilah sekumpulan sahabat yang tidak boleh tahan tahap kegilaan mereka sekiranya mereka mahu dan kawan-kawan yang paling kecoh. Lihat sahaja gambar-gambar yang diambil.  Cikgu sudah boleh bayangkan kan.. ;)

Mereka sering membuat saya geli hati dengan telatah masing-masing dan merekalah sekumpulan sahabat yang bercerita tentang lelaki, kekasih dan sebagainya. Kita sering harus saling pesan antara satu sama lain supaya menjaga suara di dalam MRT kerana kadangkala kekecohan ini tidak boleh dikawal.Ada banyak kenangan pahit dan manis yang kita lalui semasa berada di dalam MRT.

Sebalik personaliti kecoh-kecoh, perjalanan pulang bersama adalah salah satu masa yang mana kita sering meluahkan perasaan bersama.Saya masih ingat lagi apabila Sarah mencetuskan satu idea untuk kita sekawan mengenali anatara satu sama lain dengan lebih mendalam. Setiap seorang harus memberi komen tentang perangai semua orang yang ada pada waktu itu. Perangai yang baik mahupun yang kurang baik. Itulah salah satu saat yang paling aman di dalam MRT,yang mana kita ada bicara hati ke hati. :)

Akhirnya...

GAMBAR KETIGA


Gambar ini dipetik dua tahun yang lepas,pada tahun 2012. Gambar ini amat bermakna bagi saya kerana ini adalah kali pertama kami sekelas keluar pergi ke Selangor untuk sebuah kem. Banyak pengalaman yang kami timba dari kem  tersebut seperti keyakinan diri dan juga menjadi berani dalam gelap.

Selain daripada itu juga, kita telah mengenali tabiat tidur kawan-kawan kita. Ada yang lebih suka tidur di bawah lantai dari tidur di atas katil. Ada yang lebih suka tidur sekatil dengan kawan dari tidur bersendirian dan banyak lagi.

Kem ini telah menguatkan dan mengeratkan persahabatan kita sebagai satu kelas. Jadi, saya mengharapkan bahawa lawatan keluar negara bagi DPI1 tahun ini akan dapat mengeratkan persahabatan sebagai satu kelas. Amin. :)


Sekian.Wassalam.

Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 


-Gambar dimiliki oleh saya kecuali gambar aiskrim(milik Google)-


Friday, 25 July 2014

Hari 3-Temu Janji Idamakanku

Salam semua!

Hmmmm...Pelik kan soalan ini?Saya pernahlah terfikir tentang temu janji tetapi tidak sampai mahu menulisnya di blog.Tetapi tidak mengapa,saya diberi peluang untuk menaipkan temu janji idaman saya.Baik saya buat kalau tidak, tak dapatlah markah untuk Bahasa Melayu kan Cikgu?
Kekekekekeke...

Mari kita mulakan!

Sebenarnya saya suka kalau ada misi pada setiap temu janji.Jadi tidaklah terlalu membosankan dan ada rasa kepuasan sekiranya dapat menjayakan misi tersebut.

Misi utama kali ini ialah:Hanya di Singapura
                                  Belanja kurang daripada $100

Itu dia misi kita!! Saya rasa ini memang misi yang terbaik!Menerusi entri ini saya mahu menunjukkan anda semua bahawa anda boleh melakukan temu janji yang romantis dan mudah di Singapura tanpa membelanjakan ratusan-ratusan dollar hanya kerana satu temu janji. TETAPI!!! Sekiranya hari istimewa, janganlah bakhil sangat... Ini hanya untuk temu janji secara tiba-tiba :))

Sejujurnya saya seorang yang minat dengan seni dan suka akan pemandangan yang boleh buat saya mengucapkan "SUBHANALLAH!" dan "WOOWWWWW!!" Tempat-tempat yang paling sesuai ialah di kawasan Marina Bay!

Pertama sekali,kita harus makan.Tidak kiralah di mana-mana asalkan sedap dan mengenyangkan.Ada satu tempat makan yang terlintas di minda saya.Kedai makan Qiji.Laksa lemaknya dan popiah basah memang enak sekali! Selepas itu barulah kita boleh bersiar-siar bersama.

Saya akan pergi ke Taman Atap Esplanade (The Esplanade Roof Garden).

 

 


Haaaaa...Sungguh indahkan pemandangannya. Saya sedang membayangkan pemandangan apabila tenggelamnya matahari dari sini.Wow..Subhanallah!!! ❤️❤️❤️
Dengan adanya telefon bimbit bijak,memang tidak sahkan kalau tidak merakam keindahan ini bersama kekasih awak.
 


Selepas itu kita boleh menonton Pameran Lampu dan Air di Marina Bay Sands(The Marina Bay Sands Light and Water Show).Terdapat jet air,laser dan mata air(geyser) api yang akan dipamerkan.Ia akan diakhiri dengan berjuta-juta buih sabun yang akan menambahkan lagi keindahan malam tersebut. 


 


Sekiranya masih ada masa atau masih tidak puas lagi,bolehlah pergi Taman ditepi Teluk :)
(Gardens by the Bay)
Saya dah beberapa kali pergi di sini pada waktu siang dana saya mahu pula merasai suasana pada waktu malam.Saya memang kagum dengan "Supertrees" yang terdapat di sana kerana mereka katakan bahawa "pokok-pokok" ini memainkan muzik. 

 
 
 
 
Selepas itu barulah boleh kita pulang.Misi selesai.Hanya di Singapura dan tidak belanja lebih dari $100.Kalau masih belum puas lagi,sambunglah jalan-jalan lagi ya!!!! ;)

Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 

-Semua gambar bukan milik saya.Kredits kepada Google :) -

Hari 2- Filem Kegemaran Saya



Salam semua! 
Kali ini saya mahu berkongsi tentang filem kegemaran saya pula.Sejujurnya,saya sudah lama tidak menonton sebarang filem kerana mungkin terlalu sibuk agaknya.Hehehehe... Tidaklah.. Saya memang teringin hendak menonton filem "The Fault In Our Stars" tetapi belum berkesempatan.Saya memang tertarik pada filem itu kerana ada babak sedih. Saya gemar menonton filem yang menyayat hati dan boleh buat saya menangis seperti filem yang saya mahu berkongsi dengan awak semua.Mari kita mulakan! 


Filem yang saya amat gemari ialah,PAPADOM




 Filem ini mengisahkan tentang hubungan seorang ayah tunggal yang bernama Saadom dan anaknya,Mia Sara. Setelah ketiadaan isterinya,Saadom telah bertindak terlalu tegas, mengongkong anaknya dan tidak boleh melihat Mia berjauhan dengannya. Dari sekolah menengah hinggakan ke kolej dia mengekori Mia. Sebab dia membuat sebegitu ialah kerana sewaktu isterinya masih ada,dia terlau sibuk dengan menjalankan perniagaannya menjual nasi kandar sehingga dia tidak meluangkan masa dengan keluarga.Tindakannya yang terlalu prihatin terhadap anaknya ialah untuk "menebus" segala salah silap yang dia telah lakukan.
Saya memang suka filem ini kerana ada banyak adegan-adegan yang melucukan dan ada juga yang memang menyayat hati. Seperti video di bawah ini!

Adegan yang lucu


Adegan yang menyayat hati




 
Pandangan saya mengenai filem ini ialah,kita sering dengar tentang kehidupan seorang ibu tunggal dan anaknya.Jarang pula kita dengar tentang cerita yang sebaliknya,mengenai seorang ayah tunggal.Jadi,filem ini memang istimewa dan mendapat banyak anugerah. 

Kita sedar bahawa kedua ibu bapa kita senantiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Mereka cuba sedaya upaya mengelakkan segala kesusahan yang kita akan hadapi. Mereka tidak mahu kita lalui segala kepayahan yang mereka telah lalui dahulu. Sentiasa berdoa agar kita menjadi anak-anak yang baik dan dijauhkan dari segala kejahatan. Dalam filem ini,Saadom takut apabila Mia mula bergaul dengan lelaki dan dia tidak mempunyai kawalan untuk menjaga Mia. Dia takut apabila Mia mula rapat dengan Hisham,seorang senior yang memang suka menagmbil kesempatan dengan perempuan. Jadi,itu mungkin salah satu masaalah yang bakal ibu bapa saya hadapi.. :) Mungkin.... 
 
Kesimpulannya,tidak kira ibu atau bapa yang kita sayang lebih tetapi yang penting kita harus dan wajib sayang mereka sehingga akhir hayat kita.Sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan doakan mereka. Mereka telah banyak berkorban untuk kita.Dengan kesempatan ini,saya hendak mengongsikan doa yang boleh kita baca untuk kedua ibu bapa kita.
 
 


















Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 
 P/s:Saya baru tahu ada Papadom2 yang mana Mia sudah mahu berkahwin!Bolehlah anda tonton trailernya dibawah. :)