Thursday, 24 July 2014

Hari 1-Lagu Kegemaranku

Salam semua!
Entri pertama saya ialah mengenai lagu kegemaran saya!
Saya mendengar pelbagai lagu dari lagu bahasa melayu hingga ke bahasa jepun.Tetapi saya tidak gemar lagu yang terlalu bising dan membingitkan seperti rock atau black metal..Sebenarnya,saya tidak pernah pun dengar lagu seperti itu tetapi mengikut firasat sayalah.Mari kita mula sekarang!


Lagu yang ditangga ketiga ialah

Cun Saja-SLEEQ.

Dengan rentak lagunya yang memang sedap dan menarik,saya gemar mendengar lagu sebegini.Sebenarnya,apa yang menarik hati saya tentang lagu ini ialah kerana bahagian 'rap'nya.Saya kalau boleh nak tunjuk kebolehan saya ber'rap' tapi tak tidak mengapalah.

Saya suka bahagian rap ini..

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Haaa....Itulah rapnya..Saya paling gemar liriknya yang terakhir.Ia seperti berbelit-belit dan kena cepat.Twister lidah..


Seterusnya,lagu yang ditangga kedua ialah....

Laska Pelangi-Coboy Junior

Seperti namanya,ia adalah sebuah lagu berasal dari Indonesia.Pada awalnya,saya tidak pasti apa makna laskar.Mengikut kamus bahasa indonesia,ia bermakna tentera atau pasukan.
Hmmmm..Tentera Pelangi.Dalam sangatlah makna tajuk lagu ini.

Kamu, aku, dia dan mereka
pasti punya mimpi punya cita-cita…
kamu, aku, dia dan mereka
pasti ingin semua mimpi menjadi nyata

Lagu ini telah mengetengahkan bahawa semua orang di dunia ini mempunyai mimpi dan cita-cita mereka sendiri.Mustahil sekiranya seseorang itu berkata "Selama saya hidup ini,saya tidak pernah ada keinginan atau cita-cita.Saya syukur dengan apa yang saya ada."
Mustahil bukan?

Hidup akan berwarna jika kita terus berlari
diantara indahnya warna-warni pelangi
laskar pelangi teruslah melangkah dan bermimpi
Bermimpilah terus hingga Tuhan kan memeluk mimpimu
Di sini pula,ia menyuruh kita jangan lepaskan mimpi kita sehingga Tuhan memeluk mimpi kita.Tetapi pada pendapat saya,sekiranya awak mempunyai sebuah mimpi atau cita-cita, awak jaganlah tunggu Tuhan peluk mimpi awak.Awak cuba mengejar mimpi itu dengan sungguh-sungguh.Nescaya mimpi atau cita-cita awak menjadi nyata. In shaa allah.

Akhir sekali,lagu yang ditangga PERTAMA dan yang paling saya suka ialah

Alif Satar(bukan Aziz Satar)-Lelaki Sepeti Aku

Saya hendak berkongsi bagaimana saya boleh tahu tentang lagu ini.Saya memang gemar tengok video-video matluthfi dan secara kebetulan dia telah bergembar-gembur tentang lagu-lagu cinta.Dan salah satu lagu yang dikatakan adalah lagu ini.Videonya dibawah..




Haaaa..Lucukan?

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Pada pendapat saya,apa yang terdapat dalam lirik lagu ini ialah,ada sebahagian orang itu kalau nak akan cinta seseorang sanggup melakukan apa sahaja.Ada yang sanggup mengadaikan apa sahaja untuk kekasihnya.Nasib baiklah Alif Satar ini lelaki yang baik.Tidak mengambil kesempatan terhadap perempuan itu.Kalau nak dengar lagu ini sila klil pautan di bawah.


Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ

No comments:

Post a Comment