Friday, 25 July 2014

Hari 2- Filem Kegemaran Saya



Salam semua! 
Kali ini saya mahu berkongsi tentang filem kegemaran saya pula.Sejujurnya,saya sudah lama tidak menonton sebarang filem kerana mungkin terlalu sibuk agaknya.Hehehehe... Tidaklah.. Saya memang teringin hendak menonton filem "The Fault In Our Stars" tetapi belum berkesempatan.Saya memang tertarik pada filem itu kerana ada babak sedih. Saya gemar menonton filem yang menyayat hati dan boleh buat saya menangis seperti filem yang saya mahu berkongsi dengan awak semua.Mari kita mulakan! 


Filem yang saya amat gemari ialah,PAPADOM




 Filem ini mengisahkan tentang hubungan seorang ayah tunggal yang bernama Saadom dan anaknya,Mia Sara. Setelah ketiadaan isterinya,Saadom telah bertindak terlalu tegas, mengongkong anaknya dan tidak boleh melihat Mia berjauhan dengannya. Dari sekolah menengah hinggakan ke kolej dia mengekori Mia. Sebab dia membuat sebegitu ialah kerana sewaktu isterinya masih ada,dia terlau sibuk dengan menjalankan perniagaannya menjual nasi kandar sehingga dia tidak meluangkan masa dengan keluarga.Tindakannya yang terlalu prihatin terhadap anaknya ialah untuk "menebus" segala salah silap yang dia telah lakukan.
Saya memang suka filem ini kerana ada banyak adegan-adegan yang melucukan dan ada juga yang memang menyayat hati. Seperti video di bawah ini!

Adegan yang lucu


Adegan yang menyayat hati




 
Pandangan saya mengenai filem ini ialah,kita sering dengar tentang kehidupan seorang ibu tunggal dan anaknya.Jarang pula kita dengar tentang cerita yang sebaliknya,mengenai seorang ayah tunggal.Jadi,filem ini memang istimewa dan mendapat banyak anugerah. 

Kita sedar bahawa kedua ibu bapa kita senantiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Mereka cuba sedaya upaya mengelakkan segala kesusahan yang kita akan hadapi. Mereka tidak mahu kita lalui segala kepayahan yang mereka telah lalui dahulu. Sentiasa berdoa agar kita menjadi anak-anak yang baik dan dijauhkan dari segala kejahatan. Dalam filem ini,Saadom takut apabila Mia mula bergaul dengan lelaki dan dia tidak mempunyai kawalan untuk menjaga Mia. Dia takut apabila Mia mula rapat dengan Hisham,seorang senior yang memang suka menagmbil kesempatan dengan perempuan. Jadi,itu mungkin salah satu masaalah yang bakal ibu bapa saya hadapi.. :) Mungkin.... 
 
Kesimpulannya,tidak kira ibu atau bapa yang kita sayang lebih tetapi yang penting kita harus dan wajib sayang mereka sehingga akhir hayat kita.Sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan doakan mereka. Mereka telah banyak berkorban untuk kita.Dengan kesempatan ini,saya hendak mengongsikan doa yang boleh kita baca untuk kedua ibu bapa kita.
 
 


















Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!

Salam sayang,
SakinahJ 
 P/s:Saya baru tahu ada Papadom2 yang mana Mia sudah mahu berkahwin!Bolehlah anda tonton trailernya dibawah. :)
 
 






No comments:

Post a Comment