Entri kali ini lebih serius berbanding entri-entri yang lain.Tidak ada khayalan dan lebih kepada realiti. :) Seperti tajuk yang tertera di atas,saya akan membincangkan tentang betapa pentingnya pendidikan bagi saya.
Mari kita mulakan!
"Belajar sungguh-sungguh.Jangan sia-siakan masa yang kau ada sekarang.Belajar betul-betul.Jangan main-main.Banggakan Umi dan Abi." Inilah yang sering saya dengar dari ibu saya.Mungkin banyak kali dia berpesan pada saya,termasuk adik-beradik saya sekali.Apabila ibu berkata sebegini,saya akan rasa bersalah sekiranya saya malas untuk belajar.
Pemerintah Singapura telah mewajibkan bagi setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan, sekurang-kurangnya hingga ke darjah 6 dan tamat PSLE. Pada pendapat saya, pelajaran sehingga peringkat ini memang memadai dibandingkan dengan tidak mempunyai sebarang pendidikan langsung. Malangnya, dengan kos kehidupan yang tinggi di Singapura, sijil PSLE tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji yang boleh menanggung sesebuah keluarga.
Persamaan(1)
Mendapat pendidikan -> Belajar sungguh-sungguh -> Dapat markah yang baik ->Belajar hingga ke menara gading -> Dapat Ijazah(Sijil) -> Dapat kerja yang lumayan bayarannya = Hidup senang.
"APABILA ANDA MENGJAR SEORANG PEREMPUAN
ANDA MENGAJAR SELURUH NEGARA"
Selain daripada masaalah itu juga, kebanyakan mereka pula tidak mampu menyediakan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Ini akan menjadi satu kitaran yang asyik berulang.
Persamaan(2)
Ibu bapa miskin -> Tidak menghantar anak ke sekolah ->Anak kerja bersama ibu bapa -> Anak mempunyai kelurganya sendiri ->Juga tidak mampu menghantar anak ke sekolah....dan kitaran berulang semula.
TETAPI,sekiranya anda cuba sedaya upaya memasukkan persamaan yang pertama kepada yang kedua,ia akan menjadi sebegini...
Ibu bapa miskin -> Cuba sedaya upaya mendapatkan anaknya pendidikan -> Belajar sungguh-sungguh -> Dapat markah yang cemerlang ->Belajar hingga ke menara gading -> Dapat Ijazah(Sijil) -> Dapat kerja yang lumayan bayarannya = Hidup senang
Ya.... Walaupun ada penambahan langkah tetapi kita dapat jawapan yang sama.
Itulah definasi betapa pendidikan penting bagi saya. Pertama, memberikan pendidikan dapat mendidik seluruh generasi dunia. Kedua, ia dapat mematahkan kemiskinan dalam sesbuah keluarga dan lari daripada lingkaran yang ganas.(Vicious Cycle)
Haaaaaaaaa.... Jadi sudah semangat untuk belajar?Sudah tahu kepentingan pendidikan bagi diri sendiri?Apa lagi, JOM BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH! Jangan lupa baca doa ya.. :)
Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
SakinahJ
-Gambar milik UNICEF dan Google-
No comments:
Post a Comment