Akhirnya...Kita berada di hari yang terakhir bagi blog saya.. Huhuhuhuhuhuhuhuh.. :"(
Tetapi janganlah bersedih...Saya hendak memberitahu anda semua barang apa yang terakhir saya beli!!
Mari kita mula!!!
Saya akan beri kepada dua bahagian bagi barang yang terakhir saya beli.
Bahagian pertama ialah - barang yang saya beli TETAPI menggunakan duit ayah saya!!! :)
Hendak tahu apakah barang itu? Mari saya tunjuk. Ia adalah....
BAJU RAYA SAYA!!! :))
Tahun ini saya memilih warna biru kerana saya tidak ada baju kurung biru, itu sebabnya saya meminta warna biru. Saya membelinya di semberang tambak pada harga 40 dollar Singapura. Pada asalnya, harganya mencecah hingga seratus tetapi dengan kemahiran ibu bapa saya menawar, kami mendapat harga yang lebih murah dari harga asalnya. Ini adalah salah satu kebaikan berbelanja di bazar Ramadan.Sekiranya beli di butik,payah untuk tawar menawar kerana harganya yang tetap.
Selain dari itu,Hari Raya tahun ini kami sekelurga tidak akan memakai baju yang sepadan warna mahupun corak.Ibu mengatakan bahawa payah dan leceh sekiranya nak semua sepadan dan dia juga mengatakan bahawa biarlah tahun ini berlainan.Tidak semestinya lain warna,ikatan kelurga tidak kuat kan? :)
Haaaaaaa...
Jangan lupa saya mempunyai bahagian yang kedua iaitu- narang yang terakhir saya beli menggunakan duit saya sendiri!
Mari saya tunjukkan apakah bendanya...ialah...
SEBUAH BUKU YANG BERJUDUL " THE FAULT IN OUR STARS"
Saya sebenarnya sudah berazam untuk membaca bukunya dahulu baru menonton filemnya.Tetapi dalam kesibukan seharian saya baru membaca beberapa helai muka surat sahaja.Haishhhh...Hampalah saya dengan diri ini. Saya akan sedaya upaya untuk menaikkan balik semangat saya unutk membaca buku dan seterusnya melihat filemnya yang menyayat hati itu. :'(
Saya membeli buku ini di kedai buku yang bernama KINOKUNIYA.Ia adalah sebuah kedai buku Jepun dan tempatnya memang luas.Saya pernah pergi ke cawangannya yang terletak di dalam pusat membeli-belah Takashimaya di Orchard Road dan juga di pusat membeli belah JEM. Saya lebih gemar pergi ke cawangan di Takashimaya kerana tempatnya yang lebih luas dan terdapat bermacam genre buku.
Terdapat banyak rak-rak buku yang mempunyai kesemua genre yang anda mahu.Dari bisnes,masak-memasak,komik,buku muzik dan pelbagai alat tulis.
Tempat ini adalah syurga di dunia bagi saya kerana di sini juga saya boleh mendapatkan majalah jepun saya!
Sewaktu saya mahu membeli buku itu,saya seperti berada di dalam dilema. Adakah saya patut memblei buku itu atau membeli majalah-majalah ini? Saya berada di dalam kedai buku itu memang lama. Tetapi,akhirnya saya telah memilih untuk membeli buku krana pada pendapat saya ia lebih membawa manfaat.
Apa yang bagus dalam KINOKUNIYA ialah awak boleh pilih apa-apa buku dan duduk di satu sudut dan awak boleh membacanya.Tidak ada orang yang akan menegur dan suruh awak membayar buku ity.Ia seperti perpustakaan.Ramai orang yang berbuat demikian.Hanya jangan menghadang tempat orang berjalan.
Sekiranya ada orang yang tidak tahu mahu membelikan apa untuk hari jadi saya,belikanlah saya sebuah buku.Saya amat menghargai buku. Saya saying buku-buku.
P/s:Malangnya,saya tidak jumpalah buku Nirrosette.Kebanyakan buku di situ Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.Mungkin, Puan Nirrosette boleh memasarkan buku dalam bahasa inggeris pula? ;)
Sekian.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!
Salam saying,
SakinahJ
-Gambar dipetik dari Google_