Hmmmm...Pelik kan soalan ini?Saya pernahlah terfikir tentang temu janji tetapi tidak sampai mahu menulisnya di blog.Tetapi tidak mengapa,saya diberi peluang untuk menaipkan temu janji idaman saya.Baik saya buat kalau tidak, tak dapatlah markah untuk Bahasa Melayu kan Cikgu?
Kekekekekeke...
Mari kita mulakan!
Sebenarnya saya suka kalau ada misi pada setiap temu janji.Jadi tidaklah terlalu membosankan dan ada rasa kepuasan sekiranya dapat menjayakan misi tersebut.
Misi utama kali ini ialah:Hanya di Singapura
Belanja kurang daripada $100
Itu dia misi kita!! Saya rasa ini memang misi yang terbaik!Menerusi entri ini saya mahu menunjukkan anda semua bahawa anda boleh melakukan temu janji yang romantis dan mudah di Singapura tanpa membelanjakan ratusan-ratusan dollar hanya kerana satu temu janji. TETAPI!!! Sekiranya hari istimewa, janganlah bakhil sangat... Ini hanya untuk temu janji secara tiba-tiba :))
Misi utama kali ini ialah:Hanya di Singapura
Belanja kurang daripada $100
Itu dia misi kita!! Saya rasa ini memang misi yang terbaik!Menerusi entri ini saya mahu menunjukkan anda semua bahawa anda boleh melakukan temu janji yang romantis dan mudah di Singapura tanpa membelanjakan ratusan-ratusan dollar hanya kerana satu temu janji. TETAPI!!! Sekiranya hari istimewa, janganlah bakhil sangat... Ini hanya untuk temu janji secara tiba-tiba :))
Sejujurnya saya seorang yang minat dengan seni dan suka akan pemandangan yang boleh buat saya mengucapkan "SUBHANALLAH!" dan "WOOWWWWW!!" Tempat-tempat yang paling sesuai ialah di kawasan Marina Bay!
Pertama sekali,kita harus makan.Tidak kiralah di mana-mana asalkan sedap dan mengenyangkan.Ada satu tempat makan yang terlintas di minda saya.Kedai makan Qiji.Laksa lemaknya dan popiah basah memang enak sekali! Selepas itu barulah kita boleh bersiar-siar bersama.
Saya akan pergi ke Taman Atap Esplanade (The Esplanade Roof Garden).
Haaaaa...Sungguh indahkan pemandangannya. Saya sedang membayangkan pemandangan apabila tenggelamnya matahari dari sini.Wow..Subhanallah!!! ❤️❤️❤️
Dengan adanya telefon bimbit bijak,memang tidak sahkan kalau tidak merakam keindahan ini bersama kekasih awak.
Selepas itu kita boleh menonton Pameran Lampu dan Air di Marina Bay Sands(The Marina Bay Sands Light and Water Show).Terdapat jet air,laser dan mata air(geyser) api yang akan dipamerkan.Ia akan diakhiri dengan berjuta-juta buih sabun yang akan menambahkan lagi keindahan malam tersebut.
Sekiranya masih ada masa atau masih tidak puas lagi,bolehlah pergi Taman ditepi Teluk :)
(Gardens by the Bay)
(Gardens by the Bay)
Saya dah beberapa kali pergi di sini pada waktu siang dana saya mahu pula merasai suasana pada waktu malam.Saya memang kagum dengan "Supertrees" yang terdapat di sana kerana mereka katakan bahawa "pokok-pokok" ini memainkan muzik.
Selepas itu barulah boleh kita pulang.Misi selesai.Hanya di Singapura dan tidak belanja lebih dari $100.Kalau masih belum puas lagi,sambunglah jalan-jalan lagi ya!!!! ;)
Sekian.
-Semua gambar bukan milik saya.Kredits kepada Google :) -
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
SakinahJ
-Semua gambar bukan milik saya.Kredits kepada Google :) -
Entri anda amatlah comel wahai Sakinah! Saya amat menyukai idea anda untuk mengadakan misi pada setiap janji kerana ia memang tidak akan membosankan dan kita dapat berjimat pada setiap temu janji. Syabas saya ucapkan atas kreativiti anda dalam merancang temu janji yang tidak membosankan!
ReplyDeleteTerima kasih...Sayang awak..❤️❤️❤️
Delete