Salam semua!
Saya kembali sekali lagi.Bagaimana dengan temu janji awak? Saya harap awak berasa seronok tetapi hati-hati kerana kita masih berada di dalam bulan ramadhan. Kali ini saya mahu menunjukkan gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka. Hmmmm...
Mari kita mulakan!
Perkataan paling ini menunjukkan bahawa tidak ada gambar lain yang boleh menandingi gambar tersebut dan ia seharusnya ada satu sahaja pilihan.
Contohnya, gambar aiskrim yang di kiri tidak boleh menandingi gambar aiskrim yang di sebelah kanan. Ini kerana gamabr aiskrim di sebelah kiri lebih banyak variasi dan perisa.Malahan yang di sebelah kana hanya satu sahaja.
Begitulah saya mendefinasikan perkataan paling.
Tetapi dengan duka citanya, saya tidak boleh memilih satu sahaja gambar kerana...memang sukar untuk saya memilihnya.. Saya terpaksa letak tiga gambar dan ini adalah gambar sahabat-sahabat saya yang paling saya suka! <3
GAMBAR PERTAMA.
Ini adalah empat sahabat yang saya amat hargai .Tiga daripada mereka telah menjadi rakan semeja dengan saya selama 2 tahun. (Tiga orang itu tidak termasuk sahabat saya yang di sebelah bawah kiri, bernama Mujahidah) Jadi, saya memang masak dengan perangai masing-masing. Manakala yang lagi satu, saya mula rapat dengannya kerana kita sering balik bersama selepas kelas biologi.
Mereka adalah sahabat yang mana saya boleh berkelakuan gila-gila dan jarang sekali berasa kekok. Sebabnya mungkin kerana personaliti mereka yang lebih kurang sama dengan saya. Pada pendapat saya, merekalah yang paling memahami saya dan yang boleh melayan karenah saya. Saya tidak boleh mengatakan mereka memahami saya seratus peratus tetapi boleh dikatakan 70 % mungkin... :)
Kempat-empat sahabat inilah yang paling saya rapat TETAPI jarang berkongsi tentang rahsia bersama. Berbual tentang lelaki atau kekasih dan sebagainya, jarang sekali. Kami lebih suka bercerita tentang artis-artis Jepun (lelaki dan perempuan,tetapi kebanyakkannya lelaki) atau anime kerana itu adalah subjek yang kami berempat (tidak termasuk Mujahidah) minati.
Tahun lepas, mereka telah banyak membantu saya dalam pelajaran kerana kami akan menghadapi peperiksaan peringkat "O". Dan saya memang terhutang budi pada mereka.
Dalam empat sahabat ini, Maryam sahaja yang setia di Al-sagoff. Manakala lagi dua sudah ke Wak Tanjong dan satu di Politeknik Nanyang.
Kemudian...
GAMABAR KEDUA,
Haaaaa...inilah budak-budak yang tinggal di sebelah barat Singpura a.k.a Westies. Inilah sekumpulan sahabat yang tidak boleh tahan tahap kegilaan mereka sekiranya mereka mahu dan kawan-kawan yang paling kecoh. Lihat sahaja gambar-gambar yang diambil. Cikgu sudah boleh bayangkan kan.. ;)
Mereka sering membuat saya geli hati dengan telatah masing-masing dan merekalah sekumpulan sahabat yang bercerita tentang lelaki, kekasih dan sebagainya. Kita sering harus saling pesan antara satu sama lain supaya menjaga suara di dalam MRT kerana kadangkala kekecohan ini tidak boleh dikawal.Ada banyak kenangan pahit dan manis yang kita lalui semasa berada di dalam MRT.
Sebalik personaliti kecoh-kecoh, perjalanan pulang bersama adalah salah satu masa yang mana kita sering meluahkan perasaan bersama.Saya masih ingat lagi apabila Sarah mencetuskan satu idea untuk kita sekawan mengenali anatara satu sama lain dengan lebih mendalam. Setiap seorang harus memberi komen tentang perangai semua orang yang ada pada waktu itu. Perangai yang baik mahupun yang kurang baik. Itulah salah satu saat yang paling aman di dalam MRT,yang mana kita ada bicara hati ke hati. :)
Akhirnya...
GAMBAR KETIGA
Gambar ini dipetik dua tahun yang lepas,pada tahun 2012. Gambar ini amat bermakna bagi saya kerana ini adalah kali pertama kami sekelas keluar pergi ke Selangor untuk sebuah kem. Banyak pengalaman yang kami timba dari kem tersebut seperti keyakinan diri dan juga menjadi berani dalam gelap.
Selain daripada itu juga, kita telah mengenali tabiat tidur kawan-kawan kita. Ada yang lebih suka tidur di bawah lantai dari tidur di atas katil. Ada yang lebih suka tidur sekatil dengan kawan dari tidur bersendirian dan banyak lagi.
Kem ini telah menguatkan dan mengeratkan persahabatan kita sebagai satu kelas. Jadi, saya mengharapkan bahawa lawatan keluar negara bagi DPI1 tahun ini akan dapat mengeratkan persahabatan sebagai satu kelas. Amin. :)
Sekian.Wassalam.
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!
Sila berikan komen sekiranya ada dan terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
SakinahJ
-Gambar dimiliki oleh saya kecuali gambar aiskrim(milik Google)-
HAHHAHAHA OI NANTI ORG INGT KTE MENTEL HAHHAHAHAHA . Kepada pembaca blog ini, saya rasa Sakinah tersalah phrase ayat dia ya oleh itu nampak mcm topik perbualan kte tkde variety hahahahah
ReplyDeleteSakinah :) pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa saya amat terharu atas kemanisan awak kerana meletakkan muka saya diantara teman-teman anda ;) Anda begitu kreatif kerana menyamakan kepentingan gambar anda dengan kepentingan aiskrim yang beraneka. Oh ya, topik perbualan Westies bukan sahaja berkenaan lelaki atau kekasih ya Cikgu tetapi ada bermacam-macam topik lain :) Sakinah saya sayang awak ya !
ReplyDelete